HomeUtamaTidak Perlu Pasang Kawat Duri Di Lokaliti PKPD, Penduduk Perlu Ada Kesedaran...

Tidak Perlu Pasang Kawat Duri Di Lokaliti PKPD, Penduduk Perlu Ada Kesedaran Bendung Penularan COVID-19 – Jahid

Read Time:1 Minute, 43 Second

TUARAN: Penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak perlu pemasangan kawat duri.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, mereka harus menjalani proses kuarantin dengan penuh rasa tanggungjawab dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

“Penduduk di kawasan PKPD tidak perlukan kawat duri bagi mengawal pergerakan tetapi menggunakan akal fikiran dan kesedaran dalam menjalani kuarantin dengan rasa tanggungjawab.

“Kuarantin ini penting dan masyarakat perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Oleh itu, kita memohon kerjasama daripada warga yang terlibat dalam PKPD ini supaya mengamalkan SOP seperti yang dinasihatkan oleh KKM dan mengamalkan kawalan diri sendiri kerana dapat dilihat betapa dasyatnya akibat diserang pandemik COVID-19.

“Sentiasa utamakan keselamatan diri dalam menangani kesan negatif penularan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau operasi Program Outreach CITF di Dewan Kampung  Bunga TenghilanTamparuli, disini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, sehingga 3 Ogos seramai 82,425 orang didaftarkan melalui  220 Program Outreach CITF anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah khususnya kawasan luar bandar.

“Seramai  94,264  orang sudah mendapatkan suntikan dos pertama dan 22,542 orang lengkap menerima suntikan vaksin dos kedua dalam program Vaksinasi Covid-19 setakat semalam.

“Peranan JaPen Sabah tertumpu kepada membuat hebahan melalui IOW, promosi dan publisiti dalam mana-mana program outreach sama ada dijalankan oleh Jabatan penerangan atau agensi lain,” ujar beliau.

Program Outreach CITF di Dewan Kampung Bunga Tenghilan Tamparuli yang berlangsung selama dua hari bermula pada hari ini menyasarkan 1,900 penduduk yang akan melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 jenis Sinovac.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain, Pegawai Kesihatan Tuaran, Dr Rosfina Ghazali, Ketua Polis Daerah, DSP Hamizi Halim dan Pegawai Penerangan Daerah, Malina Jamarin./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular