HomeUtamaTiada majlis sosial untuk elak penularan kes jangkitan COVID-19

Tiada majlis sosial untuk elak penularan kes jangkitan COVID-19

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Para pemimpin masyarakat, ketua kampung dan ketua mukim digesa agar terus mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing sama ada muslim atau bukan muslim supaya tidak mengadakan sebarang majlis selepas pengebumian seperti kenduri,
tahlil dan sebagainya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hal ini mustahak bagi mengelakkan penularan jangkitan yang berpotensi mencetuskan kluster baharu yang semakin meningkat ketika ini khususnya berkaitan penganjuran majlis sosial.

Katanya, orang ramai yang ingkar dan melanggar SOP dengan mengadakan majlis sosial ini, akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam hal yang berkaitan, satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Tampasuk Kota Belud – Kota Belud merupakan penularan COVID-19 dalam komuniti yang dipercayai berpunca daripada majlis pengebumian.

Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Sabah berkata, kes indeks merupakan juruwang wanita, 32, di sebuah bank disahkan positif PCR dengan CT value 18.51 pada 26 Julai 2021, setelah bergejala demam, sakit badan, sakit tekak, selsema dan batuk.

Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 159 kontak mendapati 29 kes positif COVID-19 termasuk sembilan kes baharu hari ini.

Semua 29 kes positif ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth dan PKRC.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya