COVID-19 : Individu Bergejala Dinasihatkan Buat Ujian Calitan Bagi Ketahui Status Kesihatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Individu yang bergejala seperti batuk, selsema dan demam serta khuatir dijangkiti COVID-19 dinasihatkan untuk segera melakukan ujian calitan bagi menentukan status kesihatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tindakan itu akan dapat mengelak individu daripada menjangkiti orang lain sekiranya didapati positif.

“Pada hari ini jumlah kes positif COVID-19 Sabah merekodkan sebanyak 949 kes iaitu penurunan sebanyak 61 kes berbanding 1,010 kes yang dicatatkan semalam.  Jumlah kes baharu turun sedikit hari ini tetapi masih tinggi.

“Daerah Kota Kinabalu mencatatkan penambahan kes yang tinggi, daripada 183 kes kelmarin kepada 260 kes hari ini dan 178 kes atau 68 peratus adalah daripada saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, kes baharu di Tawau juga naik kepada 138 kes iaitu penambahan sebanyak 48 kes berbanding semalam manakala Tuaran mencatat 102 kes dengan penambahan sebanyak 23 kes.

Katanya, Beaufort juga mencatatkan peningkatan kepada 62 kes setelah mencatatkan hanya 19 kes sahaja semalam, sebagaimana di Ranau yang tiada catatan kes semalam, melonjak semula kepada 27 kes hari ini.

“Terdapat satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Tempasuk, Kota Belud (Kluster Komuniti) di mana kes indeks merupakan juruwang di sebuah bank yang menjangkiti kaum keluarga, penduduk kampung dan kontak rapatnya.

“Kontak rapat terus menjadi penyumbang utama iaitu sebanyak 570 kes atau 60.06 peratus kepada jumlah kes keseluruhan dan 201 kes atau 21.18 peratus datang daripada kategori saringan bergejala, yang berpunca daripada jangkitan sporadik,” katanya.

Katanya, 74 kes lagi adalah berpunca daripada Saringan Kluster Sedia Ada.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *