HomeUtamaMohon pastikan bekalan vaksin sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan...

Mohon pastikan bekalan vaksin sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan – Salleh

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Peningkatan kes di Sabah beberapa hari ini membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan.

“Kita sudah dengar pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk berikan tambahan bekalan dan prioriti kepada Sabah. Kini, kita berharap mereka kotakan janji tersebut,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan menerusi lama Facebooknya.

“Mohon supaya pastikan bekalan tersebut sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan.

“Jika perlu, sediakan pelan alternatif untuk mengatasi sebarang kelewatan bekalan vaksin. Warga Sabah sudah lama sedia untuk vaksin. Kita menunggu,” kata Salleh yang juga Ahli Undangan Negeri Usukan.

Terdahulu, Kerajaan Sabah berharap bekalan vaksin yang dijadualkan pada bulan Ogos untuk negeri ini akan tiba tepat pada waktunya.

Jurucakap Sabah COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri ini hanya menerima kenaikan dos vaksin sejumlah 374,214 dos sejak 21 Julai hingga 31 Julai 2021.

Manakala jumlah dos harian tertinggi adalah 48,300 pada hari Sabtu, 31 Julai lalu.

Beliau berharap akan dapat lebih banyak bekalan seperti yang telah dipersetujui, sesuai dengan waktu yang dijadualkan bulan ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular