HomeUtamaPICK : Sabah Mahu Kekal Momentum Pemberian Vaksin, Pastikan Tiada Gangguan Penghantaran...

PICK : Sabah Mahu Kekal Momentum Pemberian Vaksin, Pastikan Tiada Gangguan Penghantaran Bekalan

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 60 peratus dari penduduk di negeri ini dijangka akan memperolehi vaksin penuh dua dos menjelang 21 September depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jangkaan itu berdasarkan keupayaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberi suntikan vaksin sehingga lebih 40,000 dos harian sehingga kelmarin.

“Sehingga kelmarin (4 Ogos) JKNS telah menyuntik 46,840 dos vaksin secara harian dimana dari jumlah itu sebanyak 39,120 membabitkan dos pertama dan 7,720 pula adalah dos kedua.

“Selain itu, sehingga kelmarin juga, kumulatif pemberian vaksin adalah sebanyak 1,383,193 dos keseluruhan membabitkan suntikan dos pertama sebanyak 967,555 dos dan sebanyak 415,638 dos kedua,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, seperti yang dinyatakan lebih awal JKNS ada keupayaan untuk melakukan vaksinasi sehingga 60,000 dos sehari dengan syarat bekalan vaksin yang diperlukan tersedia dan tidak ada gangguan kepada jadual penghantaran ke Sabah.

Katanya, atas andaian bekalan vaksin yang mencukupi terjamin, mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya