HomeUtamaCOVID-19: Kes sporadik semakin meningkat di Sabah

COVID-19: Kes sporadik semakin meningkat di Sabah

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Peratusan kes bergejala tanpa diketahui dari mana punca atau apa yang dipanggil kes-kes sporadik semakin meningkat menjadikan jumlah kes baharu kembali kepada empat digit dengan catatan 1,062 kes hari ini serta turut merekodkan sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan iaitu empat kes di Kota Kinabalu, dua kes di Sipitang dan masing-masing satu kes di Tawau, Sandakan dan Kudat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, analisa data menunjukkan peratusan kes sporadik semakin meningkat dengan catatan pada hari ini sebanyak 251 kes atau menghampiri 24% daripada kumulatif kes harian baharu.

“Kes-kes sporadik yang agak tinggi berlaku di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Penampang, Tuaran dan Sandakan.

“Sementara di Kota Kinabalu, 83 kes daripada 239 kes adalah dalam kategori bergejala, Tawau 37 kes daripada 137 kes, Penampang 27 kes daripada 106 kes, Sandakan 19 kes daripada 62 kes dan Tuaran 27 kes daripada 114 kes,” katanya.

Masidi berkata, walau bagaimanapun, Kontak Rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes harian iaitu 569 kes atau hampir 54%, kes daripada kluster-kluster 123 kes atau 11.58% dan Saringan Bersasar di lokaliti-lokaliti PKPD merekodkan 65 kes baharu atau 6.12% daripada jumlah keseluruhan.

Namun dengan mengambil kira kes-kes baharu yang semakin meningkat dan peratusan kes-kes sporadik yang bertambah, adalah amat perlu bagi kita meningkat pemberian vaksin kepada semua penduduk dengan kadar yang segera.

Dalam pada itu, Kota Kinabalu terus mencatat kes tertinggi dengan 239 kes baharu, diikuti dengan Tawau 137 kes, Tuaran 114 kes, Penampang 106 kes, Tongod 65 kes, Sandakan 62 kes, Keningau 39 kes, Sipitang 28 kes, Papar 25 kes, Kota Belud 25 kes, Putatan 24 kes, Kinabatangan 22 kes, Beaufort 22 kes, Telupid dan Kudat masing-masing 20 kes, Kunak 19 dan Ranau 19 kes.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya