HomeIsu tempatanPendidikan Alam Sekitar 'Virtual EE Race' untuk guru sekolah rendah dan menengah...

Pendidikan Alam Sekitar ‘Virtual EE Race’ untuk guru sekolah rendah dan menengah Daerah Kota Kinabalu dan Penampang

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Borneo Sun Bear Conservation Society, Reef Check Malaysia dan PACOS Trust telah melaksanakan Program Pendidikan Alam Sekitar “Virtual Environmental Education (EE) Race” untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah di daerah Kota Kinabalu dan Penampang selama dua hari melalui aplikasi Zoom.

Menurut satu kenyataan media hari ini, objektif program Virtual EE Race pada tahun ini selain mempertingkatkan pengetahuan guru sekolah mengenai pelbagai isu alam sekitar, program ini juga mendorong guru-guru untuk memberi penekanan kepada program pendidikan alam sekitar di sekolah, mahupun di luar sekolah serta mewujudkan jaringan antara guru-guru dan organisasi.

Para peserta didedahkan dengan beberapa tema pengurusan alam sekitar seperti pengurusan hidupan liar, inisiatif pengurusan ekosistem marin dan usaha mendokumentasikan pengetahuan tradisional dan diberi tugasan untuk menyediakan Pelan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
berdasarkan tema yang telah dipelajari melalui program EE Race.

Penganjuran program EE Race pada kali ini telah disertai oleh seramai 50 orang yang terdiri daripada guru-guru dan fasilitator dari pelbagai organsisasi.

Program EE Race terdahulunya banyak melibatkan aktiviti hands-on dan lawatan ke pelbagai lokasi berkaitan pengurusan alam sekitar.

Walau bagaimanapun, pada kali ini, program dilaksanakan secara dalam talian disebabkan penularan pandemik COVID-19.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular