HomeSukanSUKAN : Acara Keirin Tumpuan Utama Buru Kilauan Emas Sukan Olimpik

SUKAN : Acara Keirin Tumpuan Utama Buru Kilauan Emas Sukan Olimpik

Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA LUMPUR: Tidak kira apa keputusan yang berlaku dalam acara pecut hari ini, jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley tetap berbangga dengan anak didiknya Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Beasley menegaskan, tumpuan utama memburu kilauan emas di Sukan Olimpik Tokyo adalah dalam acara keirin yang dijadual bermula di Velodrom Izu Tokyo, Sabtu ini.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya begitu berbangga dengan anak buah saya, tidak kira apapun keputusan hari ini, keirin adalah acara yang kami ke Tokyo untuk memenanginya.

“Pecut sentiasa menjadi acara untuk mencari pelarasan terbaik sebelum keirin. Kita mempunyai pelumba pecut terkecil di dunia dan sukar mencabar mereka yang lebih besar apabila peraturan ketika ini, lebih memihak kepada atlet yang mempunyai saiz fizikal lebih besar.

“Ini kerana beberapa peraturan acara pecut berubah di sepanjang beberapa tahun ini, ia membenarkan atlet lebih besar dan berat memiliki banyak kelebihan kerana gear perlumbaan turut menjadi besar. Ini satu kelebihan buat atlet lebih besar yang pada ketika ini berat badan sekitar lebih 100 kilogram.

“Ini juga kerana acara pecut semuanya berkisarkan mengenai pecutan, menjadi lebih besar dan berat membantu mereka dalam acara ini apabila gear juga menjadi besar.

“Acara keirin pula berbeza. Acara ini tidak terlalu bergantung ketika kamu melakukan pecutan sendiri, ia lebih kepada kelajuan dan kekuatan serta percaturan taktikal. Di sinilah kekuatan dimiliki Malaysia.

“Fasa pecutan kurang di sini kerana kami melakukan perjalanan perlumbaan dari kelajuan 70 ke 80kph, jadi ia mengambil kelebihan yang dimiliki pelumba lebih berat. Kami berada di sini untuk memenangi keirin dan kami berada di landasan tepat,” kata Beasley dalam hantarannya di Facebook. – BERITA HARIAN

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular