HomeIsu tempatanSUKAN : Kurniawan Kecewa Pencapaian Pasukan Namun Tidak Salahkan Pemain

SUKAN : Kurniawan Kecewa Pencapaian Pasukan Namun Tidak Salahkan Pemain

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto tidak menyalahkan mana-mana pemain berikutan jaringan gol sendiri yang memberi mata percuma kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.

Kurniawan berkata kekalahan dalam sesuatu perlawanan bukan kegagalan seorang pemain semata-mata, sebaliknya ia dianggap sebagai kegagalan pasukan.

“Ia kegagalan pasukan, bukan kegagalan seorang, bukan hanya kegagalan penjaga gol. Kalah, menang atau seri bersama. Saya tidak menyalahkan mana-mana pemain,” katanya selepas Sabah FC menentang KL City yang berkesudahan 1 – 1, malam tadi.

Dalam aksi berkenaan, KL City mendapat gol percuma pada minit ke-22 selepas penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim gagal menangkap bola yang cuba diberikan kepadanya oleh pemain pertahanan, Randy Baruh, menyebabkan bola menerjah gawang.

Kurniawan bagaimanapun mengakui kecewa dengan pencapaian skuad Sang Badak malam tadi kerana kesilapan yang dilakukan menyebabkan Sabah terpaksa berkongsi satu mata dengan pasukan lawan.

“Kita boleh mengawal permainan tapi saya akui kita menghadapi masalah penyudah kerana ada beberapa peluang untuk menghasilkan gol tidak terjadi seperti yang diharapkan.

“Kemudian, yang paling penting bagaimana kita harus membayar kesilapan kita dengan gol. Ertinya, saya tidak menyalahkan sesiapa tapi ia penting untuk evaluasi pasukan kerana dalam sesi ini kita banyak hilang mata disebabkan kesilapan kita sendiri.

“Justeru, saya minta pemain untuk fokus dan berikan sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit permainan kerana kesilapan kita akan dibayar dengan gol lawan,” katanya.

Sabah bernasib baik dapat menyamakan kedudukan menerusi tendangan percuma pemain import, Levy Clement Madinda dari luar kotak penalti KL City pada minit ke-65 sekali gus terpaksa berpuas hati mengutip satu mata.

Keputusan malam tadi meletakkan Sabah FC di tangga ketujuh carta liga dengan mengutip 19 mata selepas memenangi empat permainan, tujuh kali seri dan enam kali kalah daripada 17 permainan keseluruhan setakat ini. – BERITA HARIAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya