Pergerakan Puteri Umno disaran laksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno di seluruh bahagian di negeri ini diminta terus memainkan peranan terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Ketua Puteri Umno Sabah Fadilah Sarbi berkata, ketika negara berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak pihak terjejas yang memerlukan bantuan.

Menurut Fadilah tidak kira jumlah dan dalam bentuk apa sumbangan yang boleh diberikan kepada mereka yang amat memerlukan kerana dalam setuasi sekarang sumbangan tersebut amat besar nilainya kepada mereka yang terjejas terok ketika ini.

“Parti khususnya Puteri Umno perlu terus aktif memberi sumbangan kepada masyarakat ini termasuklah dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang lain yang memberi manfaat kepada pembangunan rakyat selain menumpukan kepada politik,” katanya selepas menyampaikan sumbangan makanan kering dan dua set penyukat suhu badan (Thermometer) di SK Malawa dekat sini kemarin.

Dalam pada itu, Fadilah yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya mengajak masyarakat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)

Menurut beliau selain pematuhan (SOP) masyarakat juga perlu cakna kepada pemberian Vaksin keutamaan tanpa rasa takut atau was-was untuk menerimanya.

“ Kerajaan hari ini telah melakukan transfoarmsi bagi pemberian vaksin kepada rakyat dengan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selain pemberian vaksin secara “ Walk In” yang perlu dimanfaatkan oleh orang ramai” katanya

Menurut Fadilah hampir setiap pertubuhan kesihatan percaya dan yakin bahawa vaksin adalah pelaburan terbaik untuk kesihatan awam.

Vaksin terbukti menyelamatkan jutaan nyawa dan melindungi jutaan manusia daripada penderitaan dan kesengsaraan.

“Dalam konteks COVID-19, diakui vaksin adalah ikhtiar bagi memastikan kita tidak dijangkiti virus pembunuh berkenaan. Lantaran itu, rakyat Malaysia harus patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan bagi menangani pandemik menerusi penggunaan vaksin,” tambah Fadilah.

Turut hadir, Guru Besar Sk Malawa Jaimie Mosliem dan ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri Umno.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *