HomeSukanAcara Keirin Jadi Tumpuan Malaysia Di Olimpik Tokyo Hari Ini

Acara Keirin Jadi Tumpuan Malaysia Di Olimpik Tokyo Hari Ini

Read Time:1 Minute, 15 Second

Cyberjaya : Tempoh rehat sehari semalam digunakan sepenuhnya Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom untuk menambah tenaga dalam misi memburu pingat emas acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas ‘mengorbankan’ perlumbaan pecut bagi menyimpan tenaga, Azizulhasni berkata rehat sehari itu digunakan untuk mengambil lebih banyak nutrisi, melakukan regangan­ serta mencatur strategi sebelum memulakan misi memburu pi­ngat keirin hari ini katanya seperti yang dilaporkan portal Utusan hari ini.

“Kami top up nutrisi, kena makan cukup, buat regangan dan banyak rehat kerana kami sudah menempuh dua hari perlumbaan yang hebat (pecut). Ia bagus walaupun penat tapi kami seperti membuka enjin untuk keirin dan saya pun tidaklah terlalu penat.

“Kami tahu harapan yang diberikan dan sebagainya tapi bila sudah berada di tempat pertan­dingan, saya bersedia untuk menang emas.

“Saya lihat peluang bawa pulang emas tinggi, apa yang saya harapkan saya dan Shah dapat masuk ke final. Itu langkah pertama,” katanya.

Saingan tampak terbuka, malah pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dan Jeffrey Hoogland yang memenangi kedudukan 1-2 dalam pecut semalam mampu menjadi pencabar sekali lagi.

Shah Firdaus akan beraksi pada saringan kedua bersama Matthew Richardson (Austra­lia), Hugo Barrette (Kanada), Jack Carlin (Jerman) dan Sergey Ponomaryov (Kazakhstan).

Azizulhasni pula berenap di serangan ketiga bersama Sebastien Vigier (Perancis), Stefan Boetticher (Jerman), Patryk Rajkowski (Poland), Jean Spies (Afrika Selatan) serta Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago.

Dua pelumba terbaik di peringkat saringan akan layak secara automatik ke suku akhir esok manakala yang kalah perlu melalui repechage untuk menempatkan diri dalam kalangan 18 pelumba terbaik.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya