HomeUtamaBERSATU Sambut Baik Pendirian UMNO Sabah Terus Bersama GRS

BERSATU Sambut Baik Pendirian UMNO Sabah Terus Bersama GRS

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyambut baik pendirian UMNO Sabah untuk terus menyokong dan bersama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya turut berharap agar UMNO Sabah terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Kita alu-alukan pendirian UMNO Sabah untuk terus menyokong GRS dan tentu sekali kita harapkan agar UMNO Sabah juga akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri apabila usul dikemukakan di Parlimen kelak,” katanya.

Semalam, UMNO Sabah dalam satu kenyataan menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal dan menyokong kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Kenyataan itu turut menyatakan harapan agar pendirian itu dihormati semua pihak demi kestabilan, keharmonian dan kemakmuran rakyat serta negeri Sabah.

“Sebagai adik bongsu berautonomi kepada UMNO Malaysia, apa juga keputusan dan ketetapan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti akan sentiasa dihormati dan diakuri oleh UMNO Sabah dan disesuaikan dengan kuasa autonomi UMNO Sabah.

“Mandat yang diberikan rakyat kepada UMNO Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) lalu akan dihormati, diperkukuh dan dimatangkan. Oleh itu, UMNO Sabah berpendirian untuk terus kekal dan menyokong GRS di bawah kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ronald berkata, sebarang pendapat mengenai sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada waktu ini tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Muhyiddin masih lagi Perdana Menteri yang sah melainkan usul undi percaya dijalankan pada sidang Parlimen, pada September nanti mendapat sokongan minoriti.

“Ada pihak yang mengeluarkan pendapat yang berbeza pada memberi sokongan kepada kepimpinan sokongan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Apapun pendapat-pendapat ini hanya memberi kesan kepada kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri apabila usul percaya ataupun tidak percaya dikemukakan di sidang Parlimen yang dijadualkan pada September ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM terima laporan bekas pegawai kanan sebuah syarikat perlombongan di Sabah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular