HomeUtamaKibarkan Jalur Gemilang Sebagai Tanda Cintakan Negara & Bersatu Dalam Melawan COVID-19

Kibarkan Jalur Gemilang Sebagai Tanda Cintakan Negara & Bersatu Dalam Melawan COVID-19

Read Time:57 Second

PAPAR : Rakyat khususnya di Sabah diminta untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman mahupun di premis perniagaan dan pejabat meskipun berdepan pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin berkata, ia adalah sebagai tanda untuk semua bersatu-padu dalam melawan pandemik COVID-19 selain memeriahkan sambutan bulan kebangsaan yang disambut sepanjang Ogos ini.

“Walaupun tiada sambutan secara besar-besaran seperti kebiasaannya, kita menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing sekurang-kurangnya,” katanya. 

Namun dalam konteks yang lebih luas, ujar beliau, kibaran Jalur Gemilang diharap dapat mengukuhkan lagi semangat patriotisme terhadap negara dan Negeri Sabah dalam kalangan rakyat. 

“Bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, kecintaan terhadap negara ini perlu dizahirkan dengan cara membantu kerajaan menjayakan program-program seperti vaksinasi Covid-19,” tambahnya. 

Mohamad bercakap kepada media selepas menyempurnakan simbolik Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Papar di Kampung Ulu Kimanis Batu 14, pada Jumaat.

Pada majlis itu,  Mohamad yang  menyampaikan Jalur Gemilang  kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Kinolosodon,  Kg Batu 14, Kg Penampang Baru dan Kg Dingin./PENERANGAN

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular