HomeUtamaVaksin CanSino Perlu Diberi Keutamaan Kepada Sabah, Pastikan Bekalan Mencukupi – Anifah

Vaksin CanSino Perlu Diberi Keutamaan Kepada Sabah, Pastikan Bekalan Mencukupi – Anifah

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mahu bekalan vaksin dos tunggal CanSino dari negara China yang dijanjikan untuk keutamaan kepada Sabah sebelum ini dihantar mengikut jadual.

Katanya, negeri ini amat memerlukan vaksin berkenaan bagi membolehkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) khususnya di luar bandar dan pedalaman dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

“Pada ketika ini, penduduk luar bandar dan pedalaman terpaksa diberi vaksin dua dos yang mana para petugas terpaksa kembali ke lokasi sama selepas dua minggu pemberian dos pertama.

“Ini dilihat menjadi satu cabaran kepada petugas dimana faktor geografi Sabah yang berbukit bukau selain akses jalan raya yang juga memuaskan dan boleh mengakibatkan bahaya kepada petugas,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Anifah berkata, dengan adanya vaksin dos tunggal itu nanti para petugas hanya perlu datang ke kawasan terbabit sekali dan tidak perlu datang pada minggu berikutnya.

Katanya juga mahu kerajaan pusat terus menghantar bekalan vaksin yang lain dengan jumlah dan kuantiti yang tinggi agar Sabah dapat mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

“Saya difahamkan bekalan vaksin dos tunggal CanSino sebanyak 400,000 dos vaksin akan tiba ke Malaysia 15 Ogos ini dan saya mahu Sabah diberi keutamaan.

“Selain itu saya juga mahu bekalan vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan yang lain turut dihantar mengikut jadual yang ditetapkan serta jangan ada sebarang gangguan dalam proses penghantaran,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular