HomeUtamaWebinar Unduk Ngadau sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia

Webinar Unduk Ngadau sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Satu webinar Unduk Ngadau diadakan sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada hari ini 9 Ogos 2021 anjuran bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Bahagian Warisan Sosio-Budaya KDCA, Majlis Wanita KDCA, Kaamatan TV dan Borneo Indigenous People Organisation (BIO) United Nation.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, walaupun Pesta Kaamatan telahpun berlalu dan pada tahun ini, kita telah mencipta sejarah dengan penganjuran Pesta Kaamatan yang julung-julung kalinya diadakan secara atas talian selaras dengan tema Kaamatan pada tahun ini, “Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Keamanan Dan Kedamaian”.

“Pandemic Covid19 yang telah melanda negara kita pada awal tahun 2020 telah menyebabkan banyak perkara tidak dapat dilakukan secara bersemuka namun, sambutan daripada seluruh rakyat Sabah yang berada di seluruh dunia adalah sangat menggalakkan dan semangat Kaamatan tetap berkobar-kobar dalam diri setiap yang menyambut,” katanya semasa melancarkan webinar tersebut.

Jeffrey mengulas mengenai Unduk Ngadau adalah merupakan acara yang sangat sinonim dengan Kaamatan dan merupakan acara kemuncak yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah.

“Acara ini juga telah menyatukan seluruh rakyat Sabah dan dalam masa yang sama telah menaikkan martabat para wanita muda yang ada di Sabah.

“Kisah pengorbanan seorang gadis iaitu Huminodun telah menjadi inspirasi wanita yang melampaui zaman melalui kualiti diri sebagai seorang wanita, anak dan ciri pemimpin muda yang sanggup berkorban diri untuk kebaikan semua orang,”jelasnya.

Menurut Jeffrey lagi, nilai diri Huminodun sebagai Unduk Ngadau sebenar menjadi contoh terbaik kepada leluhur Kadazandusun di seluruh pelosok dunia.

Kualiti dan status wanita sebagai pemimpin dalam kalangan masyarakat Kadazadandusun amat disanjung tinggi sejak dari dulu lagi.

Manakala peranan wanita dalam aspek spiritual, ekonomi, sosial malahan politik amat ketara dalam kalangan masyarakat Kadazandusun sehingga ke hari ini.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa, perubahan masa kesan arus pemodenan pada masa kini telah sedikit sebanyak menghakis kefahaman tentang kepentingan institusi Unduk Ngadau dalam masyarakat.

Dalam pada itu seramai enam orang panel yang akan memberi perkongsian dalam webinar ini yang akan memfokuskan peranan wanita dan unduk ngadau dalam masyarakat.

“Sudah pasti perkongsian panel-panel tersebut akan menarik perhatian dan memberi ilmu yang baru kepada semua. Apatah lagi webinar ini diadakan pada hari ini, 9 Ogos 2021 yang merupakan sambutan Hari Orang Asal Sedunia iaitu perayaan yang dikongsi bersama oleh masyarakat orang asal di seluruh dunia,”tambah jeffrey.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular