Dua Agensi Penguatkuasa Terima 100 Helai Jalur Gemilang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT: Sebanyak 100 helai Jalur Gemilang diedarkan pada hari pertama Program Info On Wheels Merdeka anjuran Jabatan Penerangan (JaPen)  Daerah Beaufort disini hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Ag Muil Ag Raya berkata, program tersebut dijayakan menerusi kolaborasi bersama rakan-rakan strategik iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Beaufort untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 7 Ogos lalu, kita tidak mahu ketinggalan untuk melaksanakan kempen kibar Jalur Gemilang bersama rakan-rakan strategik di daerah ini.

‘Pada hari ini, sebanyak 100 helai Jalur Gemilang telah kita edarkan di dua premis kerajaan iaitu IPD Beaufort dan JPJ Cawangan Beaufort,” katanya.

Tambahnya, program itu akan diadakan secara berterusan dengan sasaran 15 lokasi yang telah ditetapkan sepanjang sambutan bulan kebangsaan.

Hadir memberi sokongan padu kepada kempen berkenaan ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Datuk Matbali  Musah yang turut memasangkan Jalur Gemilang di kenderaan-kenderaan jabatan.

Pada program ringkas dengan pematuhan SOP sepenuhnya itu, Isnin menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Polis Daerah Deputi Superintenden Yusoff Zaki Mat Yaacob dan Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ Cawangan Beaufort, Zaidi Sidi untuk dikibarkan./PENERANGAN

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *