Hajiji terima kunjungan Sabah Dong Lian

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kemajuan dan pembangunan pendidikan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama termasuk pembangunan dan kemajuan sekolah-sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan sekolah Mubaligh.

Hari ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Jenis Kebangsaan Negeri Sabah (Sabah Dong Lian) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Pengerusi Sabah Dong Lian, Ben Lim Kiat Kong ketika pertemuan tersebut bagi pihak 83 buah SJKC dan 8 buah SMJK Negeri Sabah merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah kerana terus meluluskan bantuan peruntukan kepada sekolah-sekolah bantuan kerajaan termasuk sekolah persendirian dan sekolah mubaligh walaupun negeri Sabah menghadapi isu pandemik COVID-19 yang sudah pasti memerlukan lebih banyak peruntukan untuk membantu rakyat dalam bidang kesihatan dan bantuan prihatin.

Sabah Dong Lian juga telah melaporkan situasi keadaan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah SJKC dan SMJK masa kini kepada Ketua Menteri Sabah.

Selain itu, Sabah Dong Lian juga memohon kerajaan negeri meluluskan peruntukan kepada semua Lembaga Pengelola Sekolah SJKC dan SMJK untuk menaiktaraf sistem internet di sekolah dan membeli bahan bantu belajar ICT yang diperlukan.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Pengerusi Kehormat, Tham Yun Fook, Naib Pengerusi, Lim Ming Guan dan Setiausaha Agung, Chan Jun Ket.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *