COVID-19: Hampir 100 peratus zon merah melitupi semua kawasan daerah di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Analisis menunjukkan peningkatan kes harian COVID-19 di Sabah menyaksikan hampir 100 peratus daripada 28 daerah di negeri ini bertukar status kepada zon merah.

Sabah masih mencatat jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1247 kes hari ini penurunan sebanyak 132 kes berbanding 1,379 kes yang dicatatkan semalam selain turut merekodkan sebanyak 11 kes kematian di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kota Kinabalu masih mencatat bilangan kes baharu yang tertinggi iaitu 310 kes dengan penurunan sebanyak 41 kes, diikuti dengan Tawau 206 kes dengan kenaikan 46 kes, Penampang 127 kes dengan kenaikan 14 kes.

Katanya, daerah yang berada pada jumlah 50 ke atas kes iaitu Tuaran 91, Sipitang 70 kes, Putatan 55 kes dan Sandakan 52 kes.

Manakala Beaufort 49, Kota Belud 48 kes, Keningau 46 kes, Papar 45 kes dan Telupid 36 kes.

Walau bagaimanapun, kata Masidi, daerah Tongod adalah satu-satunya daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini.

“Secara keseluruhan, 62% atau 770 kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat, 24% atau 295 kes adalah daripada Kategori Bergejala dan 7% atau 87 kes adalah daripada Saringan Kluster Sedia Ada,” tambahnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *