PICK : PPV IPT-UMS Buka Pemberian Vaksin Tanpa Janji Temu Berjadual

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Penerima vaksin yang masih belum mendapat tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 dipelawa untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

UMS dalam satu hantaran di Facebook rasmi universiti itu menyatakan mereka yang masih belum mendapat tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera boleh hadir terus tanpa janji temu berjadual.

Walaubagaimapaun, UMS meminta agar individu yang ingin hadir ke PPV IPT UMS berkenaan perlu mengisi maklumat pendaftaran menerusi ‘Google Form’ di https://forms.gle/8YYGZ74FRL3ykXKx6 bagi mengelakkan berlaku kesesakan di PPV.

Proses pemberian secara terus tanpa temujanji itu yang bermula hari ini sehingga 13 Ogos ini akan dilaksanakan bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang.

Individu yang berusia 40 tahun ke atas atau golongan komorbid adalah dipelawa untuk hadir ke PPV IPT UMS.

Bagi individu komobid, mereka perlu membawa bawa surat doktor untuk pengesahan sejarah kesihatan selain tidak mempunyai janji temu vaksinasi dengan PPV yang lain (sila rujuk MySejahtera).

Penerima juga bukan kontak rapat kes positif COVID-19.

Minggu lalu, PPV IPT UMS turut melaksanakan pemberian vaksin secara terus tanpa temujanji.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *