PICK : Kumpulan Sawit Kinabalu Laksana ‘Outreach’ Vaksinasi, Bantu Kerajaan Capai Imuniti Kelompok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA MARUDU: Kumpulan Sawit Kinabalu akan melaksanakan Program Jangkauan Luar Vaksinasi dibeberapa buah daerah di Sabah bagi membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

Program yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu akan menyasarkan kakitangan dan pekerja Sawit Kinabalu serta penduduk sekitar.

Pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu Bacho Jansie berkata, ia merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan rakyat dinegeri ini dapat di vaksinasi dengan segera selain membantu mencegah dari jangkitan COVID-19.

“Program Jangkauan Luar ini adalah yang pertama dilaksanakan oleh pihak kami dengan kerjasama KKM yang mana ia melibatkan kakitangan dan pekerja Sawit Kinabalu serta komuniti sekitar.

“Program ini juga akan dilaksanakan di daerah lain bagi memastikan semua rakyat Sabah dapat diberikan suntikan vaksin COVID-19,” katanya ketika menghadiri Program Jangkauan Luar Vaksinasi Rawat dan Rehat (R&R) Simpang 3 Langkon disini baru-baru ini.

Terdahulu program itu disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Wetrom Bahanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *