HomeUtamaKetibaan Vaksin Cansino Ke Sabah Dialu-Alukan – Annuar Ayub

Ketibaan Vaksin Cansino Ke Sabah Dialu-Alukan – Annuar Ayub

Read Time:1 Minute, 24 Second

Liawan –Pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bahawa Sabah akan mendapat vaksin jenis Cansino disambut baik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub.

Menurutnya pengumuman oleh Menteri Penyelaras PICK, YB  Khairy Jamaluddin bahawa Sabah akan menerima 1.8 juta dos vaksin pada pertengahan bulan Ogos ini diharapkan  tidak akan berkurang seperti yang telah dijanjikan untuk memenuhi keperluan penduduk kawasan Pedalaman.

Katanya, keinginan dan sikap rakyat pedalaman semakin meningkat untuk mendapatkan vaksin.

“ Oleh itu, adalah amat penting pemberian jumlah vaksin yang mencukupi oleh Kerajaan Persekutuan, adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan vaksinasi rakyat di Sabah khasnya di kawasan pedalaman” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Annuar yang juga Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku StarSabah lagi,  program-program outreach yang dilaksanakan di kawasan pedalaman kini , telah membantu meningkatkan kesedaran rakyat untuk divaksin.

” Adalah diharapkan keinginan rakyat untuk menerima perlindungan diri melalui vaksinasi ini mestilah dipenuhi dengan cara penghantaran dan pembekalan vaksin yang mencukupi,khasnya bagi kawasan pedalaman”, kata Datuk Annuar.

Disamping itu beliau turut turut merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi di PPV dan juga program mobile outreach di seluruh Sabah.

Pada Julai lalu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy di dalam satu pertemuan secara maya bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Sabah antara negeri terawal yang akan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan vaksin berkenaan pada bulan depan.

Beliau memberi jaminan berkenaan sebagai maklum balas kepada permintaan Hajiji agar lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah bagi mencapai sasaran 60 peratus vaksinasi di negeri itu menjelang Oktober sekali gus mencapai imuniti kelompok pada akhir tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya