COVID-19: Satu Kluster baharu, 11 lokaliti PKPD di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Timbua, Ranau dipercayai berpunca daripada aktiviti berkumpul oleh masyarakat untuk majlis ibadah korban di Masjid Timbua.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan penghidap kanser, lelaki, 52, yang dikesan positif COVID-19 (RTK-Ag) pada 23 Julai 2021 dalam saringan pra-kemasukan ke wad. Turut dikesan positif, penjaga kepada kes indeks di dalam wad melalui RTK-Ag.

Berikutan dengan kes tersebut, saringan kontak rapat dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2021 mendapati pertambahan kes positif dalam kalangan kontak rapat dan diperluaskan hingga 10 Ogos 2021.

Bagaimanapun, daripada 239 kontak yang disaring, 48 dikesan positif termasuk satu kes baharu hari ini. Manakala 95 kontak didapati negatif dan 97 kontak lagi masih menunggu keputusan ujian saringan.

Selain Kg Timbua, jumlah kes positif melibatkan beberapa lokaliti lain antaranya, di Kg Lembah Permai, Kg Kembiroi, Kg Merungin 2 dan Kuarters Ibu Pejabat Polis Ranau.

Dalam perkembangan lain, 11 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula 12 Ogos 2021 hingga 25 Ogos 2021 melibatkan tiga Lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kuarters Kilang J & L, Jalan Kokol, Kampung Gudon, Manggatal dan Kampung Lobou, Kampung Menunggui, Kota Belud, Kampung Tengah, Kinarut, Papar, Kampung Petagas, Putatan, . Kampung Pogunon, Penampang, Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau, Kampung Batu 1 Sipitang, Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *