HomeUtamaPICK : CITF Terus Dipergiat, Pastikan Tiada Masyarakat Tercicir - Tamin

PICK : CITF Terus Dipergiat, Pastikan Tiada Masyarakat Tercicir – Tamin

Read Time:1 Minute, 19 Second

PAPAR:  Program Jangkauan Luar Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan terus dipergiat bagi memastikan tiada masyarakat yang tercicir daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan (PICK). 

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Mohd Tamin Zainal berkata, program vaksinasi tersebut khusus untuk melindung dan memutuskan rangkaian pandemik yang semakin meningkat di daerah berkenaan. 

Oleh itu, program jangkauan luar CITF Mukim Kuala di Sekolah Kebangsaan Pantai Manis diadakan selama tiga hari bermula semalam.

“Sebanyak 1,100 dos vaksin telah diberikan kepada komuniti di daerah ini pada hari pertama semalam, manakala untuk hari kedua setakat jam 11 pagi, 330 dos jenis AstraZeneca telah diberikan.

“Program ini didatangkan khas untuk memastikan rakyat dilindungi dan salah satu langkah memutuskan rangkaian pandemik yang semakin meningkat di daerah ini. 

“Program berjalan lancar dengan 10 kaunter pendaftaran serta lapan kaunter vaksin dibuka.   Program ini juga akan diadakan ke kampung-kampung lain bagi memastikan penduduk khususnya di pedalaman tidak tercicir,” katanya selepas melawat operasi program tersebut, disini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk Ag Buthaman Mahmun menjelaskan syarikat terbabit  akan menggiatkan lagi usaha program vaksinasi ini bagi memastikan masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan. 

“Saya berharap agar orang ramai tampil bagi mendapatkan vaksin ini sehingga esok. Lebih ramai orang datang untuk mendapatkan vaksin ini dan lebih rendah jugalah jangkitan ini merebak,” katanya. 

Hadir sama, Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee, Penolong Pegawai Daerah, Janudin Jumat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Mohd Rosli Ibrahim dan Pegawai Penerangan Daerah Papar, Sam Mansibu./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular