HomeUtamaPICK : Beaufort Capai Peratusan Tinggi Dalam Vaksinasi COVID-19

PICK : Beaufort Capai Peratusan Tinggi Dalam Vaksinasi COVID-19

Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT : Daerah Beaufort mencapai peratusan tinggi dalam vaksinasi COVID-19 dengan kadar sebanyak 91 peratus daripada jumlah populasi penduduk berusia 18 tahun ke atas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, jumlah itu meliputi 47,967 orang daripada 52,700 penduduk yang layak menerima suntikan vaksin di daerah itu. 

“Hal ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana ia menunjukkan kesedaran masyarakat akan kepentingan mendapatkan vaksin seterusnya menyahut seruan kerajaan. 

“Selain itu, jumlah ini sebagai bukti keberkesanan pelbagai usaha serta program-program jangkauan luar yang diadakan di kawasan luar bandar bagi memudahkan orang ramai mendapatkan suntikan.

“Usaha ini akan diteruskan dalam memastikan tiada penduduk yang tercicir dalam menerima suntikan sebagai langkah menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Jangkauan Luar Covid-19 Imunisation Task Force (CITF) Daerah Beaufort di Dewan Sri Dayang Weston, disini hari ini. 

Pada program itu, sebanyak 500 dos suntikan vaksin jenis Sinovac diperuntukkan bagi masyarakat sekitar yang hadir.

Turut diadakan ialah pengagihan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan oleh Pejabat Penerangan Daerah Beaufort.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Basirun, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Lumadan Dioslin Alin@Augustine dan Pegawai Penerangan Daerah Beaufort, Awang Muil Awang Raya./Penerangan

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular