HomeIsu tempatan3,908 Pemandu E-Hailing Terima Bantuan 'One-Off' Isnin Depan

3,908 Pemandu E-Hailing Terima Bantuan ‘One-Off’ Isnin Depan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Seramai 3,908 orang pemandu e-hailing Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500 yang akan mula disalurkan 16 Ogos ini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung berkata, bantuan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa Satu itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.95 juta.

“Bayaran bantuan PEMERKASA Plus Fasa Satu ini merupakan lanjutan daripada pembayaran kepada 2588 orang pemandu teksi dan kereta sewa, bas sekolah serta bas pelancong yang telah disalurkan bermula 27 Julai lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.29 juta.

“Sehingga rayuan ditutup pada 9 Ogos lalu, 2021, LPKP Sabah menerima 4627 senarai nama pemandu e-hailing daripada syarikat pengendali e-hailing (EHO) untuk saringan penerima bantuan PEMERKASA Plus iaitu seramai 4461 orang pemandu GRAB, 54 orang pemandu Maxim dan 112 orang pemandu MyCar,” katanya.

Chin berkata, daripada jumlah 4627 senarai pemandu e-hailing yang diterima, hanya 3908 orang yang layak menerima bantuan selepas memenuhi kritera yang ditetapkan.

Katanya, semakan senarai pemandu e-hailing yang layak menerima bantuan PEMERKASA Plus boleh dibuat melalui pautan http://www.lpkpsabah.gov.my/pemerkasa.

“Selaku Pengerusi LPKP Sabah, sekali lagi saya ingin menekankan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib pemandu pengangkutan awam di Sabah.

“Jumlah keseluruhan sebanyak RM3.24 juta yang diperuntukkan menerusi PEMERKASA Plus kepada golongan ini menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka,” katanya.

Katanya, adalah diharapkan agar bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu yang terlibat sepanjang tempoh pandemik ini.

Tambahnya, pihaknya juga diingatkan agar semua pemandu pengangkutan awam di Sabah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya