HomeUtamaPICK : 33.9 Peratus Populasi Negara Lengkap 2 Dos Vaksin

PICK : 33.9 Peratus Populasi Negara Lengkap 2 Dos Vaksin

Read Time:1 Minute, 54 Second

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33.9 peratus atau 11,060,317 populasi negara ini sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 sehingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menerusi perkongsian infografiknya, memaklumkan seramai 17,252,314 orang atau 52.8 peratus sudah menerima suntikan dos pertama.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 28,312,631 dos.

Setakat ini, sebanyak 73.7 peratus penduduk dewasa menerima dos pertama, manakala 447.2 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 sehingga semalam.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 501,776 dos semalam, dengan 175,874 individu mendapat dos pertama, manakala 325,902 penerima membabitkan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sehingga semalam, Labuan mencatatkan populasi dewasa tertinggi pemberian vaksin iaitu seramai 61,188 orang atau 89.2 peratus menerima suntikan dos kedua, sementara 68,029 orang atau 99.3 mendapatkan dos pertama.

Ia diikuti Sarawak, dengan 1,664,749 orang atau 81.5 peratus populasi dewasa negeri mendapat dua dos suntikan, sementara 1,822,036 orang atau 89.2 menerima dos pertama.

Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) pula mencatatkan 4,246,315 orang atau 68.9 peratus menerima dua dos suntikan dan 4,246,315 orang atau 105.6 peratus mendapat dos pertama.

Seterusnya, Negeri Sembilan mencatatkan 525,078 orang atau 64.5 peratus menerima dua dos, sementara 689,753 atau 84.7 peratus menerima dos pertama.

Perlis pula mencatatkan seramai 100,003 atau 55.2 peratus rakyat negerinya mendapat dua dos dan 133,148 lagi atau 73.5 peratus selesai dua dos.

Setakat ini, Melaka mencatatkan 40.5 peratus atau 274,679 populasi dewasa menerima dua dos, diikuti Pulau Pinang (521,268 orang atau 38.1 peratus); Terengganu (293,319 orang atau 36.3 peratus); Perak (674,718 orang atau 36.2 peratus); Pahang (393,669 orang atau 33.5 peratus) dan Kedah (489,987 orang atau 31.8 peratus).

Selain itu, Kelantan, Johor dan Sabah masing-masing merekodkan di bawah 30 peratus penduduk dewasa menerima dua dos iaitu masing-masing Kelantan (369,533 orang atau 29.9 peratus), Johor (794,195 orang atau 29.3 peratus) dan Sabah (651,616 orang atau 23.6 peratus). – BH

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular