HomeUtamaTrauma Berdepan Pesakit COVID-19, Tetap Kuat Lawan Jangkitan - Nur Najwa

Trauma Berdepan Pesakit COVID-19, Tetap Kuat Lawan Jangkitan – Nur Najwa

Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: “Meskipun diletakkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), perasaan trauma dan takut untuk berdepan pesakit lain itu tetap ada,” kata bekas pesakit COVID-19 Nur Najwa Zulaikha Melissa Maning Abdullah,36.

Dia yang bertugas sebagai pengamal media disalah sebuah agensi kerajaan mengakui dijangkiti virus itu selepas beberapa minggu berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu.

Nur Najwa berkata, dia mula disahkan positif COVID-19 pada 11 Oktober tahun lalu selepas membuat ujian calitan di Pejabat Kesihatan Putatan dan menjalani kuarantin sehari dirumah sebelum dihantar ke PKRC Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP) Kinarut.

“Beberapa hari sebelum disahkan positif, saya mengalami gejala seperti demam, sakit tekak, hilang deria rasa, sesak nafas,hilang selera makan dan lemah badan.  Berikutan dari itu, saya meminta bantuan ahli keluarga untuk dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan.

“Ketika sampai di klinik, saya diminta untuk membuat ujian calitan dan apabila mendapat keputusan saya agak terkejut bercampur sedih apabila dimaklumkan saya positif COVID-19,” katanya ketika berkongsi pengalaman terkena jangkitan itu kepada Sabah Media.

Katanya, beberapa minggu sebelum dijangkiti, dia terlibat secara langsung membuat liputan PRN Sabah dibeberapa daerah di Sabah bermula dari penamaan calon sehingga selesai hari pengundian.

“Jika ditanya dimana saya terkena jangkitan ini, sememangnya sukar untuk saya katakan kerana sepanjang bertugas membuat liputan PRN Sabah, kami (petugas media) sememangnya terdedah dengan persekitaran yang ramai.

“Ketika di PKRC, ada kalanya saya terlupa yang saya juga adalah pesakit COVID-19 dan trauma apabila berselisih dengan pesakit lain.  Namun saya kena kuat untuk lawan jangkitan ini,”katanya.

Katanya, ketika menerima rawatan di PKRC, dia ditempatkan disebuah bilik dengan seorang lagi pesakit dimana setiap hari akan diperiksa kesihatan termasuk suhu dan tekanan darah oleh petugas kesihatan.

Tambahnya, sokongan moral daripada keluarga,rakan sekerja dan petugas kesihatan menjadi ‘kunci’ kepada dirinya untuk terus kuat melawan jangkitan yang dialami.

Dalam pada itu, Nur Najwa berkata, selepas dibenarkan keluar daripada PKRC, dia sekali lagi diminta untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah selama hampir seminggu bagi memantau perkembangan dirinya.

“Selepas saya disahkan bebas dari jangkitan virus ini, kita perlu menghargai peluang untuk menikmati hari-hari sihat kita bersama keluarga dan sentiasalah beringat bahawa kita perlu membiasakan diri dengan norma baharu.

“Selain itu kita juga perlu sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) bagi sama-sama memutuskan rantaian COVID-19 khususnya di Sabah,” katanya.

Nur Najwa berkata, pengambilan vaksin juga amat penting bagi melindungi diri dan keluarga daripada dijangkiti COVID-19.

“Ketika saya dijangkiti virus ini, pemberian vaksin belum lagi dilaksanakan dan apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) saya berasa gembira dan teruja.

“Syukur saya kini telah selesai mendapatkan vaksin COVID-19 bagi dos pertama pada 4 Ogos lalu dan 25 Ogos ini bagi dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPC) Dewan KDCA Penampang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya