HomeUtamaCOVID-19: Aktiviti Sukan Punca Penularan Jangkitan Kluster, 6 Lokaliti PKPD di Tawau

COVID-19: Aktiviti Sukan Punca Penularan Jangkitan Kluster, 6 Lokaliti PKPD di Tawau

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Cenderawasih, Lahad Datu melibatkan penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, siasatan awal mendapati kontak-kontak rapat pernah melakukan aktiviti sukan bersama kes indeks namun punca jangkitan masih dalam siasatan.

Menurutnya, kes indeks merupakan anggota keselamatan, lelaki, 39, yang disahkan positif di Klinik Kesihatan Tungku pada 11 Ogos 2021, selepas bergejala sejak 7 Ogos 2021.

Bagaimanapun, pengesanan secara aktif dan saringan terhadap kontak rapat mengesan tujuh lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak lapan kes termasuk satu kes baharu. Sementara 27 daripada 35 kontak yang disaring, masih menunggu keputusan ujian saringan.

Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Lahad Datu.

Manakala, kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sapagaya, Lahad Datu.

Dalam perkembangan lain, enam lokaliti di Tawau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 18 Ogos 2021 hingga 31 Ogos 2021 iaitu Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Kampung Sri Aman, Batu 3 1/2, Jalan Apas, Kampung Hidayat, Batu 4, Taman Semarak Jaya, Lorong Damai, Jalan Damai Lorong Haji Marzuki, Jalan Damai.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya