COVID-19 : Saringan Kontak Rapat Terus Jadi Penyumbang Kes Baharu Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Saringan melalui kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu di Sabah iaitu sebanyak 955 kes atau 55.26 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain itu saringan bergejala turut merekodkan sebanyak 461 kes dan kes daripada saringan kluster turut menyumbang sebanyak 141 kes positif.

“Di Kota Kinabalu peratusan mereka daripada kategori bergejala amat tinggi, yakni sebanyaj 43.2 peratus, Penampang (38.4%), Tawau (30%) dan Sandakan (22.2%).

“Daripada 1,728 kes hari ini, sebanyak 763 kes atau 44.2 peratus adalah daripada Kategori 2, 366 kes atau 21.2 peratus adalah daripada Kategori 1 dan 587 kes atau 34 peratus masih dalam siasatan.

“Bagi  Kategori 3 pula sebanyak 10 orang pesakit, Kategori 4, satu orang dan kategori 5 juga seorang sahaja,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tertinggi iaitu 361 kes, peningkatan sebanyak 154 kes lebih tinggi daripada semalam.

Katanya, daerah Tawau mencatat 254 kes, Sandakan 243 kes, Tuaran 149 kes (+93), Penampang 138 kes, Kinabatangan 71 kes (-81), Keningau 67 kes, Beluran 59 kes, Kota Belud 57 kes dan Ranau 31 kes.

“Pada hari ini juga, sebanyak 15 kes kematian dilaporkan di Sabah membabitkan Kota Kinabalu dan Taway masing-masing lima kes manakala Sandakan, Penampang, Keningau, Tuaran dan Sipitang masing-masing satu kes,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *