Ahli-Ahli Parlimen BN,PN & GPS Tiba Di Istana Negara

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli-ahli Parlimen yang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini mula kelihatan tiba kira-kira jam 10.38 pagi tadi.

Mereka yang tiba menggunakan bas dipercayai membawa ahli Parlimen dari beberapa gabungan parti yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri masuk melalui Pintu 2 Istana Negara.

Beberapa kenderaan kenamaan juga turut kelihatan memasuki Istana Negara.

Selepas itu diikuti dengan ketibaan membawa rombongan ahli Parlimen menerusi bas kedua kira-kira jam 10.43 pagi.

Difahamkan sesi mengadap itu dijadualkan berlangsung secara berperingkat membabitkan lima kumpulan.

Kumpulan pertama terdiri daripada 24 Ahli Parlimen GPS dan UMNO akan bermula pada jam 10 pagi diikuti 25 ahli Parlimen UMNO, BERSATU dan Bebas pada jam 11.10 pagi.

Ini diikuti kumpulan ketiga 25 Ahli Parlimen UMNO dan BERSATU pada jam 2 petang, diikuti 22 ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, PBS, STAR dan Bebas pada jam 3.10 petang.

Seramai 18 Ahli Parlimen PAS menjadi kumpulan terakhir menghadap Seri Paduka pada jam 4 petang.

Sesi menghadap hari ini bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *