Pelantikan Ismail Sabri Langkah Tepat – Arthur

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Pelantikan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Baharu merupakan satu langkah yang tepat bagi menghentikan kemelut politik negara.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joeph Kurup berkata, PBRS selaku komponen dalam Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pelantikan ini.

“Saya dan juga PBRS yakin akan kemampuan YAB (Yang Amat Berhormat) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan pengalaman luas dalam Pentadbiran Kerajaan.

“Negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil bagi menghadapi cabaran yang sedang dialami,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, barisan ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti perlu memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memerangi pandemik COVID-19, memulihkan semula ekonomi negara serta membantu rakyat berdepan dengan detik sukar ini.

Katanya, semua parti-parti politik dipohon untuk mengenepikan perbezaan dan kembali bertaut demi rakyat bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang sedang melanda negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *