Kamu Bukan Kuda, Kamu Bukan Lembu’, Itu Amaran FDA Mengenai Pengambilan Ivermectin

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

NEW YORK: Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran kepada penduduk Amerika Syarikat (AS) supaya menghentikan pengambilan ubat anti-parasit yang kebiasaannya digunakan untuk haiwan.

Daily Mail melaporkan, ini kerana masih ada penduduk yang percaya Ivermectin mampu merawat jangkitan Covid-19.

“Kamu bukan kuda. Kamu bukan lembu. Hentikannya (pengambilan Ivermectin),” tegas FDA menerusi Twitter.

Biarpun belum disahkan secara saintifik membuktikan Ivermectin berkesan melawan virus tersebut, Pegawai Kesihatan, Thomas Dobbs mendedahkan beberapa kes di Mississippi mengenai mereka yang mengambil ubat tersebut bagi merawat Covid-19.

Terdapat kes mereka yang terpaksa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas mengambil ubat itu.

“Jangan lakukannya,” tegas Dobbs.

Menurut Epidemiologi di Mississippi, Paul Bryers, sekurang-kurangnya 70 peratus panggilan yang diterima Pusat Racun berkaitan pengambilan Ivermectin yang dibeli dari pusat bekalan haiwan ternakan.

Jelasnya, 85 peratus daripada pemanggil memberitahu mereka mengalami beberapa simptom selepas mengambil Ivermectin termasuk muntah, sakit perut dan gangguan neurologi.

“Jangan ambil ubat yang dikhususkan untuk haiwan,” tulis Jabatan Kesihatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *