HomeUtamaBerita Kematian Lajim Ukin Disahkan Palsu

Berita Kematian Lajim Ukin Disahkan Palsu

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Mesej tular kononnya Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin telah meninggal dunia adalah palsu.

Perkara itu disahkan Pegawai Khasnya Ismail Norazman lewat petang tadi menerusi hantaran di Facebooknya.

“Saya menerima berita yang ditularkan di media sosial mengatakan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia telah tiada. Beliau kini masih dalam keadaan stabil walaupun kritikal selepas ditidurkan sejak petang tadi jam 2pm.

“Sebaran berita itu adalah palsu,”katanya.

Ismail turut berharap mesej yang tular itu dihentikan dan sebaran berita tidak sahih tidak dikongsi.

“Bersama kira mendoakan kesembuhan Datuk Seri Panglima melawan COVID-19 yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ,” katanya.

Terdahulu, petang tadi, Lajim mula ditidurkan kira-kira jam 2 petang di Hospital Pakar KPJ Sabah selepas disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lalu.

Keadaan kesihatan Lajim mula merosot sejak semalam dan pihak hospital mengambil keputusan untuk memasang alat bantuan pernafasan seterusnya ditidurkan pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular