HomeUtamaDos Penggalak Tidak Bantu Kawal Varian Delta

Dos Penggalak Tidak Bantu Kawal Varian Delta

Read Time:48 Second

KUALA LUMPUR: Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada mereka yang lengkap divaksinkan tidak akan membantu mengawal penularan Varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun penularan varian Delta dapat dikawal dengan memberi vaksin kepada mereka yang belum divaksinkan.

“Kita mesti meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.

“Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati bahawa ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin.

Keadaan itu disifatkan sama seperti individu yang belum divaksinasi.

Dr Noor Hisham dipetik berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang membiak itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya. – BH

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular