HomeUtamaCOVID-19: Sabah Catat 3,224 Kes Termasuk Kes Tertunggak

COVID-19: Sabah Catat 3,224 Kes Termasuk Kes Tertunggak

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes di Sabah hari ini tidak banyak berubah walaupun susut sedikit sebanyak 152 kes kepada 3,224 kes berbanding 3,376 kes yang dicatatkan semalam (24 Ogos 2021), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 131,030 kes.

Sebanyak 23 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lapan kes di Tawau, masing-masing empat kes di Kota Kinabalu, Tuaran, dan Sandakan, dua kes di Penampang dan satu kes kematian di Putatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif tinggi di Sabah adalah masih lagi berpunca kes-kes tertunggak (backlog) iaitu 315 kes atau 9.8% adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari, 322 kes atau 10.0% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 1,385 kes atau 43.0% ada kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari.

Walaubagaimanapun, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 2,020 menjadikan jumlah kumulatif 101,624 orang. Seramai 4,763 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,399 orang di hospital, 3,322 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 28 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 14 orang di fasiliti swasta.

Manakala bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 182 orang dan 78 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Mengenai keadaan kes semasa, Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri berkata, Daerah Kota Kinabalu kekal penyumbang kes yang paling tinggi di Sabah sebanyak 630 kes, Penampang 413 kes, Tuaran 348 kes, Papar 319 kes, Sandakan 245 kes, Tawau 189 kes, Kota Belud 128 kes, Keningau 120 kes, Lahad Datu 102 kes, Putatan 94 kes, Kota Marudu 88 kes, Sipitang 82 kes, Beaufort 55 kes dan Kinabatangan 53 kes.

Namun Saringan Kontak Rapat masih lagi menjadi penyumbang tertinggi kes iaitu 2,098 kes atau 65.1% manakala 788 kes atau 24.4% diperolehi melalui Saringan Bergejala dan 75 kes atau 2.3% adalah daripada Saringan Kluster.

Seramai 2,878 kes atau 89.2% adalah warganegara dan 346 kes bukan warganegara.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular