HomeUtamaPICK : Sabah Terima 94,000 Bekalan Vaksin CanSino Menerusi 2 Penghantaran

PICK : Sabah Terima 94,000 Bekalan Vaksin CanSino Menerusi 2 Penghantaran

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Sabah menerima 94,000 bekalan dos vaksin jenis CanSino yang dihantar ke negeri ini menerusi dua penghantaran sejak semalam.

Ia membabitkan penghantaran pertama sebanyak 50,800 dos yang tiba semalam manakala kumpulan kedua sebanyak 43,200 dos vaksin yang tiba kira-kira jam 9 pagi tadi di Mas Kargo Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Masnah Matsalleh berkata, vaksin itu akan diberi keutamaan kepada penduduk di kawasan pedalaman, luar bandar dan pulau di seluruh Sabah.

Katanya, pengagihan vaksin itu ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setakat ini, vaksin yang diterima adalah mencukupi bagi keperluan sasaran yang telah ditetapkan.

“Sabah juga bakal menerima 86,000 dos vaksin sama pada 27 Ogos ini.  Selain kumpulan kedua vaksin CanSino, kita juga menerima 70,000 dos vaksin SinoVac pada hari ini.

“Pada minggu ini, kita menerima beberapa jenis vaksin seperti Pfizer sebanyak 252,720 dos pada Isnin,” katanya.

Hadir sama menyambut bekalan vaksin  tersebut ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengurusan Logistik Vaksin, Ag. Shahminan Datuk Ag. Sahari.

Masnah yang juga Pengarah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) negeri berkata, Sabah juga dijangka akan menerima bekalan vaksin dari Sarawak dan Selangor pada Jumaat ini.

Katanya, dengan penghantaran bekalan vaksin itu diyakini mampu menampung sasaran pemberian vaksin di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya