HomeIsu tempatanTiga Individu Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Tidak Bercukai

Tiga Individu Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Tidak Bercukai

Read Time:55 Second

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan tiga individu dalam cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah dalam satu operasi di sini.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang merupakan pemandu setiap lori yang diperiksa di Pekan Menumbok malam semalam.

“Polis Marin menahan tiga buah lori dan membuat pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa jenis minuman keras tidak bercukai yang disyaki cuba diseludup ke tanah besar Sabah.

“Lori tersebut dipercayai bergerak dari Labuan menuju ke Menumbok dengan menaiki feri kenderaan,” katanya.

Kata Saidul, nilai rampasan minuman keras termasuk tiga buah lori dianggarkan melebihi RM663,000 termasuk cukai.

Manakala, tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya