HomeUtamaCOVID-19: 41 Kes Kematian Baharu Tertinggi Dilaporkan Di Sabah

COVID-19: 41 Kes Kematian Baharu Tertinggi Dilaporkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 41 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah yang tertinggi di negeri Sabah setakat ini iaitu melibatkan 19 kes di Kota Kinabalu, lima kes di Sandakan, empat kes di Tuaran, Penampang dan Keningau masing-masing mencatatkan tiga kes, Beaufort, Lahad Datu dan Kalabakan masing-masing mencatatkan dua kes dan satu kes di Tenom.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 3,010 kes baharu hari ini, 1,206 kes atau 40% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari. Manakala 213 kes atau 7.1% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 482 kes atau 16% adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.

Menurut Masidi, beberapa daerah terdapat penurunan kes dicatatkan seperti Kinabatangan turun sebanyak 198 kes, Penampang turun 60 kes dan Sandakan berkurangan 83 kes.

Namun secara keseluruhan Saringan Bergejala naik kepada 31.4% atau 946 kes sementara Saringan Kontak Rapat menyumbang 59.2% atau 1782 kes dan Saringan Kluster hanya 37 kes.

Walau bagaimanapun, hampir 37% daripada kes di Sandakan merupakan kes Saringan Bergejala dan lebih tinggi daripada jumlah kes saringan melalui Kontak Rapat manakala di Kota Kinabalu, kes melalui Saringan Bergejala mencecah 44.%.

Dalam pada itu, sejumlah 2,943 atau 97.77% pesakit dengan pecahan sebanyak 759 kes daripada Kategori 1 dan sebanyak 2,184 kes daripada Kategori 2, lapan pesakit dalam Kategori 3, satu pesakit dalam Kategori 4 dan 15 pesakit dalam kategori 5. 43 kes masih dalam siasatan lanjut.

Berkenaan dengan vaksinasi penduduk, Masidi memaklumkan setakat semalam (26 Ogos 2021) menurut statistik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sabah, 56.05% atau 1,546,009 penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos dan 35.44% atau 977,607 penduduk telah pun melengkapkan pengambilan kedua-dua dos.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya