HomeIsu tempatanPatuhi SOP Merdekakan Negara Daripada Ancaman COVID-19

Patuhi SOP Merdekakan Negara Daripada Ancaman COVID-19

Read Time:1 Minute, 7 Second

KIULU: Rakyat diseru untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha untuk memerdekakan diri dan negara dari ancaman Covid-19.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi pada masa kini bagi memastikan negara bebas dan merdeka dari pandemik tersebut.

“Hampir dua tahun negara berdepan dengan pandemik ini dan sepatutnya rakyat arif tentang apa yang perlu dibuat bagi mengekang penularan wabak ini.

“Oleh itu, diharap rakyat akan terus kekal berdisiplin mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan berharap dengan usaha dari semua pihak ini akan dapat menjayakan matlamat untuk negara terus bebas dari Pandemik Covid-19,” ujar beliau.

Joniston ditemui media selepas Program Info On Wheels- Norma Baharu Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Tuaran, pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut Pegawai Penerangan Daerah, Malina Jamarin, sebanyak 300 helai Jalur Gemilang berjaya diedarkan dalam program tersebut dan turut memaklumkan kempen tersebut akan diteruskan sehingga bulan September depan.

Beliau turut berharap dengan program ini dapat terus menyemai semangat cintakan negara dan juga menyeru masyarakat di daerah ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing bagi menggelorakan lagi sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Justin Ginduk dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong. – PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular