HomeUtamaPICK : Ketua Kampung Antara Individu Pertama Terima Vaksin Cansino Di Pulau...

PICK : Ketua Kampung Antara Individu Pertama Terima Vaksin Cansino Di Pulau Mantanani

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA BELUD: Seramai 650 penduduk di Pulau Mantanani disini menjadi antara penerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Cansino menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah.

Program pemberian vaksin yang dilaksanakan di Mizume pulau berkenaan menyaksikan Ketua Kampung Pulau Mantanani Rosmin Ambil menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin dos tunggal itu dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan.

Fairuz berkata, usaha pemberian vaksin dos tunggal itu mampu mempercepatkan lagi proses vaksinasi kepada rakyat di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman.

Katanya, usaha pemberian vaksin dos tunggal kepada rakyat itu juga mampu direalisasikan khususnya bagi kawasan yang sukar dihubungi dengan jaringan pengangkutan.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya berbangga kerana rakyat di kawasan ini menjadi antara penerima terawal bagi suntikan vaksin jenis CanSino dan semoga usaha kita untuk mencapai perlindungan imunisasi kelompok berjaya dicapai segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke  Program Vaksinasi Jangkauan Luar  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan di Pulau Mantanani disini hari ini.

Fairuz berkata, pemberian vaksin kepada rakyat telah terbukti membantu dalam usaha untuk mengurangkan risiko serta komplikasi yang dialami oleh pesakit yang disahkan positif COVID-19.

“Kita lihat sendiri, pengurangan kes-kes positif yang berada bagi tahap empat dan lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan, dan kebanyakan kes positif baharu ialah bagi tahap satu dan dua.

“Inilah kejayaan vaksin yang mula kita lihat memberi kesan positif dan pastinya usaha murni pihak kerajaan kepada rakyat harus sentiasa dikenang,”katanya.

Katanya, kerjasama semua pihak khususnya petugas barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis, RELA, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Skuad N8 Pintasan dan ARMADA BERSATU Negeri Sabah banyak membantu merealisasikan usaha membentuk imuniti kelompok khasnya di DUN Pintasan.

“Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya berharap agar kita semua dijauhkan dari virus ini dan segera mencapai kejayaan dalam memerangi pandemik yang merencatkan pertumbuhan ekonomi serta menjejaskan kesihatan rakyat sejagat di seluruh dunia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya