HomeIsu tempatanSeorang Lelaki Tempatan Ditahan Miliki Kayu Gaharu Hutan Simpan

Seorang Lelaki Tempatan Ditahan Miliki Kayu Gaharu Hutan Simpan

Read Time:1 Minute, 42 Second

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan oleh pihak berkuasa kerana memiliki kayu spesies gaharu sebanyak 0.75 kilogram dipercayai diambil daripada kawasan hutan simpan pada Rabu (25 Ogos).

Ketua Konservator Hutan, Frederick Kugan berkata, suspek tersebut berjaya diberkas oleh Pasukan operasi diterajui Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) dan disertai oleh Jabatan Perhutanan dan Jabatan Hidupan Liar pada hari kesembilan belas Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) berlangsung di kawasan Luasong, Maliau dan Imbak Canyon.

“Dalam operasi itu, Pasukan OBK turut merampas seekor anak pelanduk yang masih hidup, pelbagai spesies ikan air tawar bersama peralatan dan peluru hidup.

“Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Keningau untuk membolehkan siasatan lanjut Jabatan Perhutanan, Jabatan Hidupan Liar dan Polis,” Kata Frederick dalam kenyataannya yang dimuatnaik dalam laman Facebook Sabah Forestry Department hari ini.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada pasukan operasi atas kejayaan besar kes gaharu di Sabah pada tahun ini. Kayu Gaharu adalah spesies yang dilindungi dan spesies terancam di negeri Sabah.

Katanya, sebelum ini Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah atau Protect telah melakukan beberapa siri tangkapan di Deramakot, Tawau dan Sandakan.

“Berdasarkan rekod siasatan, pencuri gaharu ini didalangi oleh warga asing rentas negara dan terdapat penglibatan orang tempatan yang bertindak sebagai pembekal makanan dan agen pemasaran.

“Pergerakan pencuri gaharu ini agak sukar dikesan kerana mereka masuk berjalan kaki jauh ke dalam hutan,” jelas Frederik.

Beliau menambah, melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan ini ketika ini, kita berharap kegiatan pencuri gaharu ini dapat ditangani dan dilumpuhkan.

“Pencuri akan didakwa dengan hukuman yang berat dibawah Enakmen Hutan dan Akta CITES,”katanya.

Frederick Kugan memohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat kegiatan mencuri gaharu ini agar segera melaporkan kepada Jabatan Perhutanan supaya tindakan yang pantas dapat diambil.

“Gaharu bukan saja mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi lebih dari itu nilai konservasi juga sangatlah tinggi. Jika tiada langkah-langkah drastik diambil spesies ini sangat berpotensi untuk pupus,”tegasnya.

Beliau sangat menghargai usaha Komander Briged Sabah atas inisiatif yang telah dijalankan dan berharap OBK ini dilanjutkan secara berkala.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular