Pemergian Lajim Satu Kehilangan Besar – Bung

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin menyifatkan pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Lajim Ukin pagi tadi sebagai satu kehilangan besar buat rakyat negeri ini khususnya penduduk rakyat di kawasan Beaufort.

Beliau berkata, berita pemergian Allahyarham Lajim juga sangat mengejutkan yang beliau anggap sebagai sahabat rapat sejak bersama-sama berada di barisan kepimpinan tertinggi SANYA satu ketika dahulu.

“Allahyarham merupakan sahabat rapat saya pernah bersama dalam kepimpinan persatuan dan parti Umno sebagai ahli majlis tertinggi pemergian beliau hari ini , saya kehilangan seorang sahabat yang baik ,saya bersama keluarga dan kepimpinan UMNO Sabah merakamkan ucapan takziah kepada Datin Seri Normilah Siong serta seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Sesungguhnya Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang khidmat beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias dan Ahli Parlimen Beaufort ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bung sumbangan Allahyarham dalam pembangunan di negeri ini juga tidak boleh dinafikan melalui beberapa jawatan yang pernah beliau sandang dimana selain menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah sebelum ini, Allahyarham juga pernah menjadi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Menteri Pertanian, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan di peringkat Pusat.

” Kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga” katanya

Lajim menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 tadi di Hospital Pakar KPJ setelah dirawat lebih dua minggu di hospital berkenaan dimana Allahyarham disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lepas. Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak.

Jawatan terakhir beliau ialah Pengerusi Ekesutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Jenazah beliau dibawa balik ke kampung halaman Kampung Kebatu, Beaufort untuk dikebumikan. Mengiringi jenazah Allahyarham isteri beliau Datin Seri Normilah Siong, anak -anak Allahyarham serta ahli keluarga yang lain.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *