HomeIsu tempatanGolongan Fakir Miskin, Mualaf & Ibu Tunggal Terima Sumbangan Sempena Program Ziarah...

Golongan Fakir Miskin, Mualaf & Ibu Tunggal Terima Sumbangan Sempena Program Ziarah Hijrah

Read Time:1 Minute, 24 Second

TAMPARULI: Hampir 100 penerima dari dua buah daerah kecil disini menerima sumbangan menerusi Program Ziarah Hijrah 2021 peringkat daerah kecil Tamparuli dan Kiulu.

Penerima sumbangan membabitkan golongan fakir miskin, mualaf dan ibu tunggal dari Kampung Kauluan, Kampung Tambulaong, Kionsom Lama, Kionsom Rangalau Baru, Malangang dan Pusat Perlindungan Orang Buta Tuaran.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, program berkenaan diadakan bagi membantu golongan memerlukan dalam situasi Pandemik COVID-19.

“Selain mengisi aktiviti sambutan Maal Hijrah, program ini juga mampu menyemarakkan lagi semangat masyarakat bagi menyambut bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya dalam program itu baru-baru ini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli Herman Tunggiging, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu Justin Ginduk, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, PPM Kiulu Golubi Guntarek, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD) Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran ASP Raji Hussin Suhodin, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Jilias Lintar dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS, Iwansuzairie Hari.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai turut menyambut baik program berkenaan dan menyifatkannya sebagai program yang unik kerana selain Islam, ia turut melibatkan masyarakat dari agama yang lain.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur, yang juga Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Tamparuli Suffian Kundu berkata, pihaknya menghargai sumbangan pihak Pusat Zakat Sabah sepanjang program itu.

Selain ziarah kepada masyarakat Islam, mereka turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk golongan sasar dan mengadakan kempen kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat menyambut bulan kebangsaan.

Sumbangan bakul makanan telah disampaikan oleh Jahid dan Joniston di kawasan masing-masing.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh penyelidikan Ekonomi Biru dan keselamatan maritim Sabah 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular