HomeUtamaSegera Hantar Data Penduduk Yang Telah & Belum Menerima Vaksin - Jahid

Segera Hantar Data Penduduk Yang Telah & Belum Menerima Vaksin – Jahid

Read Time:1 Minute, 4 Second

TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim mahu proses pengumpulan maklumat bagi penduduk di daerah ini yang sudah dan belum menerima vaksin dapat disegerakan.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli meminta kepada semua pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk memberikan maklumat tersebut kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tamparuli dengan kadar segera.

Perkara itu dimaklumkan ketika beliau membuat lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Hamdan Tamparuli, disini hari ini.

“Syabas dan terima kasih kepada JPKK yang telah menghantar laporan kepada pihak UPPM, semoga laporan-laporan JPKK yang lain akan menyusul kemudian,” katanya.

Beliau hadir bagi meninjau perkembangan proses vaksinasi secara ‘walk-in’ yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diadakan sejak 23 Ogos lalu di Dewan Tun Hamdan.

Program tersebut menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk yang berumur 18 tahun ke atas menerima suntikan vaksin.

Ketibaan Jahid dan rombongan disambut Ketua PPV, Dr. Rosfina Binti Ghazali serta para petugas di dewan berkenaan.

Sepanjang lawatan, Jahid turut menghargai usaha para petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang terlibat sepanjang proses vaksinasi tersebut.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar serta kakitangan UPPM Tamparuli.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular