Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Kopungit

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan melibatkan stor penyimpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kampung Kopungit dekat sini, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 11.19 pagi tadi ( 4 September 2021) pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu tanah runtuh di Kampung Kopungit melibatkan stor penyimpanan ubat-ubatan KKM dan tiga buah kenderaan dan sebuah motorsikal kakitangan KKM.

“Turut terlibat tiga buah kenderaan orang awam tertimbus dan juga sebuah motorsikal namun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian dilaporkan oleh ketua operasi ,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, tiada operasi yang dilakukan hanya memantau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, pihak bomba menyampaikan maklumat kepada pihak polis agar memaklumkan kepada ketua kampung berkenaan untuk mengarahkan penduduk kampung mengosongkan rumah di kawasan sekitar tanah runtuh bagi tujuan keselamatan .

Pihak Bomba juga menyarankan agar Polis memaklumkan kepada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menganalisis kawasan tanah runtuh.

Operasi ditamatkan pada jam 12:30 tengahari setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *