HomeUtamaCOVID-19: Penularan Jangkitan Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Di Sabah

COVID-19: Penularan Jangkitan Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Di Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Penularan Jangkitan COVID-19 di tempat kerja mencetuskan dua kluster baharu di Sabah hari ini.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sawit Simpang Batu 38, Nabawan dan Kluster Bawah Bayu, Tuaran yang kedua-duanya melibatkan penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja.

Menurut Masidi, Kluster Sawit Simpang Batu 38, Nabawan adalah kluster tempat kerja yang dikesan hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja – pekerja sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Batu 38, Nabawan.

‘Kes indeks merupakan lelaki, 55, dilaporkan positif Covid -19 pada 29 Ogos 2021 hasil saringan individu bergejala, selepas mengalami demam, batuk, sakit sendi bermula 27 Ogos 2021 lalu.

“Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 309 rakan sekerja, ahli keluarga dan kontak kasual mengesan 87 kes positif termasuk 16 kes baharu hari ini, manakala 222 individu didapati negatif sample pertama,” katanya.

Manakala, Kluster Bawah Bayu, Tuaran juga merupakan kluster jenis tempat kerja.

Masidi dalam kenyataan media hari ini menyatakan kes indeks kluster tersebut adalah lelaki, 55, dari Kg Betutai yang bekerja di bahagian penghantaran sebuah makmal patologi swasta di Luyang.

“Kes indeks disahkan positif COVID-19 hasil saringan tempat kerja melalui ujian PCR dengan CT Value 32.18.

“Saringan kontak rapat mendapati 11 kontak serumah didapati positif termasuk seorang anaknya yang bekerja sebagai Pegawai Penjara di PRP Kauluan.

‘Susulan saringan kontak rapat anak kepada kes indeks, 51 lagi dikesan positif termasuk tiga kes dari daerah Kota Kinabalu menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam kluster ini seramai 63 kes (46 kes baharu),” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya