HomeUtamaBekalan Perubatan & Peralatan Tambahan Tiba Di Kota Kinabalu

Bekalan Perubatan & Peralatan Tambahan Tiba Di Kota Kinabalu

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Penghantaran bekalan perubatan dan peralatan tambahan ke Sabah tiba di Kota Kinabalu pagi tadi menerusi penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Keperluan itu adalah bagi menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah.

Antara barangan itu merangkumi 480 silinder oksigen dan regulator, selain 48 unit pemekat oksigen serta puluhan kotak berisi ubat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata penghantaran bekalan perubatan dan peralatan untuk menguruskan pesakit COVID-19 di Sabah itu dibuat seperti yang dijanjikan kepada kerajaan Sabah semalam.

“Terima kasih TUDM kerana menyediakan pengangkutan bagi menghantar bekalan perubatan dan peralatan untuk kegunaan Kerajaan Sabah serta rakyatnya,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Semalam, Khairy memaklumkan bahawa KKM akan mula menghantar peralatan perubatan tambahan ke Sabah hari ini.

Katanya, ia adalah bagi menghadapi peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah dimana tindakan intervensi yang lebih holistik dan tuntas mesti dilaksanakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular