LPKP Terima Sumbangan Bakul Makanan Dari 5 Buah Syarikat Swasta

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah menerima sejumlah 300 bungkus beras dan 1500 bungkus mee segera hasil sumbangan lima buah syarikat swasta di sekitar daerah Sandakan hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Cawangan Sandakan pagi tadi.

Menurut Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung, sumbangan yang diterima itu akan disampaikan kepada pemandu bas mini daerah Sandakan menerusi Program Penyampaian Bakul Makanan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Bagi pihak LPKP Sabah saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan syarikat terbabit iaitu Gordon Anchi Bersaudara, Kontraktor Berjaya, Budaya Potensi Transport Sdn Bhd, Kontraktor Tanah Hartamas serta Man Seng Enterprise.”

“Adalah diharapkan agar lebih banyak syarikat swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita,” katanya.

Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Norsiah Patah, Ketua Penolong Pengarah LPKP Sabah, Arfian Julian serta Penolong Pengarah Kanan LPKP Sabah, Noraziah Aslan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *