HomeUtamaLelaki Dijangkiti COVID-19 Dipercayai Belum Dapat Imuniti Penuh

Lelaki Dijangkiti COVID-19 Dipercayai Belum Dapat Imuniti Penuh

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 56 tahun dari Pulau Mantanani Kota Belud yang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dipercayai belum mendapat imuniti penuh meskipun sudah menerima vaksin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Rose Nani Mudin berkata, individu yang menerima vaksin perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari sehingga tubuhnya membentuk paras antibodi bagi mencegah jangkitan COVID-19.

“Pesakit telah menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis CanSino pada 27 Ogos lalu, namun dipercayai mendapat jangkitan COVID-19 seminggu selepas divaksinasi.  Kemungkinan pesakit belum membentuk imuniti penuh untuk melawan jangkitan  virus itu.

“JKNS ingin menasihatkan orang ramai yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus kekal memakai pelitup muka, mengamal penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan kawasan tertutup dan sesak dengan orang ramai bagi melindungi diri daripada jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Rose Nani berkata pesakit itu juga mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan hyperlipidaemia.

Katanya, ekoran dari itu, pesakit terbabit dibawa ahli keluarga ke Hospital Kota Belud pada 5 September lalu selepas mengadu sesak nafas sehari sebelum itu.

“Pesakit pada ketika itu hampir tidak sedarkan diri dan menunjukkan kadar pernafasan yang laju. Menurut ahli keluarga, pesakit mula mengadu sesak nafas sehari sebelum datang ke Hospital Kota Belud dan mengalami batuk yang berterusan.

“Beliau juga tidak mempunyai sejarah bertemu dengan pesakit positif COVID-19, namun keputusan ujian Rapid Test Kit (RTK) Antigen (Ag) COVID-19 menunjukkan positif.

“Keadaan pesakit semakin teruk sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan menggunakan ventilator. Walaupun diberi rawatan kecemasan, kes tidak menunjukkan tanda pulih dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai organ,” katanya.

Terdahulu. lelaki itu antara 650 penduduk Pulau Mantanani yang tersenarai sebagai penerima awal vaksin dos tunggal CanSino di Sabah ketika program jangkauan luar vaksinasi di pulau itu pada 27 Ogos lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya