HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Catat Kes Sembuh Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu Semalam

COVID-19 : Sabah Catat Kes Sembuh Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu Semalam

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan kes pulih sepenuhnya lebih tinggi berbanding kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 3,506 orang selain merekodkan 31 kes kematian di negeri ini semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi jumlah kes positif COVID-19 di Sabah semalam mencatatkan sebanyak 1,844 kes iaitu terdapat penurunan berterusan dengan angka di bawah paras 2,000 kes.

“Daripada jumlah kumulatif kes harian di Sabah, 38.77 peratus atau 715 kes adalah lewat daftar antara dua hingga tiga hari selepas tarikh keluar keputusan.

“145 kes atau 7.86 peratus adalah kes lewat daftar antara empat hingga lima hari dan 132 kes atau 7.16  peratus adalah lewat daftar melebihi lima hari,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 berkata, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,104 kes atau 59.90 peratus daripada kes harian yang direkodkan semalam.

Katanya, 29.10 peratus atau 536 kes adalah daripada saringan bergejala dan 77 kes atau 4.20 peratus adalah daripada saringan kluster.

“Di Kota Kinabalu, sebanyak 34.69 peratus daripada kes semalam berpunca daripada saringan bergejala, Sandakan 36.75 peratus, Tawau 37.39 peratus, dan Penampang 31.03 peratus,” katanya.

Tambahnya, daripada jumlah kes harian semalam, sebanyak 1,698 kes atau 92.08 peratus adalah warganegara Malaysia dan 146 kes atau 7.92 peratus adalah bukan warganegara.

“Ia membabitkan pesakit lelaki sebanyak 50.70 peratus dan perempuan sebanyak 49.30 peratus,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular